NOIR terus melangkah dengan berani, daripada eksklusif di platform usahawan kini ke retail Watsons Pink dan flagship store gah di Pavilion Bukit Jalil.

Namun di sebalik langkah besar ini, Madammu tidak pernah melupakan akar perjuangan NOIR iaitu komuniti usahawan wanita yang menjadi nadi kepada setiap kejayaan.

Sebuah perjalanan yang merungkai kisah sebenar di sebalik langkah baharu NOIR. Daripada penyertaan rasmi dalam rangkaian Watsons Pink, pembukaan flagship store di Pavilion Bukit Jalil, hingga kepada komitmen teguh Madammu dalam membimbing komuniti usahawan NOIR agar terus berkembang bersama.

Pertumbuhan NOIR bukan sekadar lambang sebuah kejayaan komersial, tetapi ia turut melambangkan kematangan sebuah jenama tempatan yang dibina atas semangat wanita berani.

Bagi pengasas NOIR Health & Beauty, Madammu, kejayaan sebenar bukan bila kita sampai ke puncak, tapi bila kita pastikan semua orang naik bersama-sama.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *